|
Gerbang Selatan Bersepadu merupakan projek nasional yang
dilaksanakan oleh kerajaan dan dikendalikan oleh JKR Malaysia.
Projek tersebut terletak di Bukit Chagar, Johor Bahru dan
di kawasan seluas 43 hektar. Projek ini melibatkan pemindahan
Kompleks Pemeriksaan Kastam, dan Kuarantin (CIQ) ke kompleks
baru, penggantian tambak dengan jambatan jalanraya dan
jambatan keretapi serta pembinaan infrastruktur yang berkaitan
pada kadar ‘fast track’.
Projek bernilai RM2.5 bilion ini dijangka akan menjadi
sebuah mercu tanda pintu masuk antarabangsa, penyelesaian
masalah kesesakkan lalulintas di Johor Bahru dan membawa
pelbagai manfaat kepada negara.
|