|

Sejarah Tambak Johor bermula pada tahun 1909 apabila landasan
keretapi ke Johor Bahru siap dibina. Pada masa itu, hubungan
ke Singapura, yang merupakan Ibu pejabat British di Asia
Tenggara, hanya dengan menggunakan feri.
Singapura merupakan pintu masuk barangan bagi seluruh
Malaya. Ini termasuk Negeri-Negeri Bersekutu , Negeri-Negeri
Selat, dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis.
Perjalanan feri merentasi Selat Johor ke Woodlands merupakan
proses yang rumit. Satu feri hanya boleh memuatkan enam
lori. Pada tahun 1911, jumlah lori yang menggunakan perkhidmatan
feri ini adalah sebanyak 11,500. Apabila barangan berasaskan
pertanian semakin maju, jumlah ini meningkat sehingga 54,000
pada tahun 1917. Perkhidmatan feri kini terpaksa berjalan
24 jam.
Keputusan akhirnya dibuat untuk membina tambak bagi menghubungkan
Singapura dengan Johor dimana jalanraya dan landasan keretapi
boleh dibina.
Tambak
tersebut direka oleh Messrs Coode, Fizmaurice, Wilson and
Mitchell of Westminster dan pembinaannya dilaksanakan Topham,
Jones & Railton Ltd of London. Pada Disember 1919,
ketua jurutera Herbert Fancott membawa sekumpulan pekerja
tentera laut dan menubuhkan kem pekerja di Woodlands. Pada
masa itu, ia merupakan kawasan yang agak bahaya dengan ‘penghuni’ seperti
ular, kala kengking dan lipan.
Beliau bersara pada tahun 1952 tetapi menetap di Malaysia
sehingga akhir hayatnya, dan beliau sentiasa mengingati
zaman gemilang pembinaan Tambak Johor.
Tambak Johor merupakan projek paling besar pada masa itu.
Keseluruhan struktur itu berukuran 60 kaki lebar dan menampung
dua landasan keretapi serta jalanraya selebar 26 kaki.
Panjangnya adalah 3465 kaki dari Johor Bahru ke Singapura.
Kedalaman laut ketika itu adalah 46 kaki dan 10 pembentung
bergarispusat 5 kaki dibina agar sampah sarap tidak akan
berkumpul di kunci air.
Pembinaan
sistem jambatan dan kunci air elektrik merupakan satu titik
tolak yang penting bagi kemajuan teknologi ketika itu.
Satu jambatan bergerak yang mengangkat landasan dan jalanraya
dibina agar kapal kecil dapat melalui Selat Johor. Jambatan
ini seberat 570 tan. Kemudahan ini dirobohkan apabila ia
didapati mengganggu lalulintas yang semakin sibuk.
Tambahan pula, Tambak Johor juga membawa paip air dari
Johor ke Singapura dan sebaliknya, dan juga kabel komunikasi.
Tambak Johor dibina dengan kos sebanyak 17 juta ‘Straits
Dollars’. Ini merupakan jumlah yang tinggi jika dibandingkan
dengan belanjawan tahunan tanah jajahan sebanyak 28.3 juta
dollar pada tahun 1924. Projek ini diuruskan sebagai Projek
FMS Railway dan diletak bawah kuasa Pengurus Besar Mr.
P.A. Anthony. Kos pembinaan dilaporkan dikongsi antara
Negeri-Negeri Perseketuan Melayu, Johor dan Negeri-Negeri
Selat.
Dipetik dari artikel Nuance – 23
November 2003. Oleh Yap Yok Foo
Batu Tambak
(Batu Bundar dan Granit – Hard Hornblende Granite )
Batu
ini diambil dari Pulau Ubin (Pulau Batu Granit) dan Bukit
Timah pada September 1920 dan November 1921 bagi tujuan
membina Tambak Johor antara tahun 1919 dan 1923. Batu bundar
dan granit ini merupakan batu yang berasal dari bendalir
dibawah bumi. Apabila membeku ia berbentuk kristal dan
saiznya bergantung pada suhu persekitaran. Berat batu ini
diantara 10cwt dan 5 tan. Granit merupakan batu yang keras
dan tahan lasak. Oleh kerana itu, granit sering digunakan
sebagai alat memotong dan ia dilihat sebagai bahan yang
paling sesuai bagi pembinaan tambak. Sebagai tanda simbolik,
sebuah Muzium Tambak Johor akan dibina menggunakan batu
dari tambak asal.
"T"The Johore
Causeway" oleh Donald Paterson, Assoc. M. Inst.
C.E., Yr. 1922
|