|
Bangunan baru Kompleks Imgresen dan Kastam
( KIK ) dijangka mula dihuni oleh jabatan pelangan
mulai 1hb Julai 2007.
Terdapat 17 jabatan pelangan akan menggunapakai
ruang pejabat di bangunan tersebut. Ruang terbesar
akan diambil oleh Jabatan Kastam Diraja dan diikuti
oleh Jabatan Imigresen. Jabatan-jabatan tersebut mempunyai
masa selama 2 bulan iaitu sehingga 1hb September 07
untuk menyesuaikan diri dengan kemudahan-kemudahan
yang terdapat di bangunan tersebut sebelum ianya beroperasi
untuk kegunaan kenderaan ringan, bas penumpang, motosikal
dan pejalan kaki sahaja. Untuk tempoh tersebut semua
laluan keluar masuk untuk kenderaan berat adalah melalui
Kompleks Kastam dan Imigresen Sultan Abu Bakar, Gelang
Patah sehingga 1hb Januari 2009 apabila Laluan Tetap
( Permanent Link ) siap sepenuhnya dan bangunan tersebut
boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan.
|