|
Pelancaran rasuk ( beam launching ) untuk
laluan Jambatan Tanjung Puteri dan Laluan Jangka
Pendek ( Short Term Access ) akan di mulakan dari
Jumaat , 1hb Jun 2007 hingga 30hb
Jun 2007.
Aktiviti ini akan dijalankan pada waktu malam yang mana terlibat dengan trek
Keretapi Tanah Melayu ( KTM ) berhampiran pondok Jabatan Imigresen Jalan Tun
Razak. Di laluan yang tidak terlibat dengan laluan jalanraya ataupun trek KTM,
aktiviti ini akan dijalankan pada waktu siang dan malam. Orang ramai dinasihati
agar tidak berada atau melalui kawasan tersebut pada waktu dan tarikh yang disebutkan
di atas.
|