| PENGENALAN
Tambak Johor dibina pada tahun 1920 dan dirasmikan pada
tahun 1924. Tambak Johor sering mengalami kesesakan lalulintas
dan tidak lagi sesuai untuk menampung pengguna yang sering
berulang-alik diantara Singapura dan Malaysia. Tambak Johor
mengalami kesesakan yang teruk terutamanya pada waktu puncak,
cuti umum dan perayaan. Jaringan jalanraya Johor Bahru
berpusat di Pusat Perdagangan Johor Bahru yang terletak
di pemulaan Tambak Johor. Ini bermakna corak lalulintas
Pusat Perdagangan Johor Bahru dipengaruhi lalulintas Tambak
Johor. Gerbang Perdana Sdn Bhd (GERBANG PERDANA) telah
merangka cadangan bagi menggantikan tambak yang sedia ada
dengan mendirikan jambatan serta memajukan semula Pusat
Pemeriksaan Imigresen Kastam dan Kuarantin, termasuk memperbaiki
jaringan jalanraya Pusat Perdagangan Johor Bahru.
|