April 2008
Pembinaan Kompleks Kastam Marin Tanjung Surat telah disiapkan sepenuhnya pada 30hb November 2007. Ianya disiapkan mengikut jadual ( 1hb Dis 06 hingga 30hb Nov 07 ) dan adalah merupakan salah satu komponen Projek Gerbang Selatan Bersepadu di bawah Seksyen 5. Kompleks berharga RM 13.2 juta ini adalah bagi menggantikan kompleks sediada di Tanjung Puteri , Johor.
Majlis penyerahan kunci secara rasmi dari JKR GSB kepada Kastam Diraja Malaysia telah diadakan pada 11hb April 2008 ( Jumaat ) di tapak kompleks yang baru disiapkan. Penyerahan mock up kunci telah dilangsungkan oleh Ir. Hj. Zulkifly bin Madon , Pengarah Pembinaan JKR GSB kepada Dato’ Seri Hj. Abdul Rahman bin Abdul Hamid, Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Dato’ Harun bin Abdullah, ADUN Tg. Surat, Dato’ Hjh. Mardina binti Hj. Alwi, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Hjh. Halimah binti Salleh, Pengarah Kastam Johor, Dato’ Yahya A. Jalil, Pengarah Urusan Gerbang Perdana Sdn. Bhd serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Kastam dan JKR GSB.
|