|

Pada 4.40p.m., YAB Dato’ Sri
dan rombongan tiba di kompleks Kastam, Imigresen dan
Kuarantin ( KIK ) yang baru. Rombongan disambut oleh
YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar, Ketua
Pengarah Kerja Raya, JKR and Ahli Lembaga Pengarah
GPSB iaitu Y.Bhg. Tan Sri Razali Ismail, Pengerusi,
En. Yoong Hoi Shing, Pengarah Eksekutif, Tn. Hj. Azahar
Abdul Aziz, En. Kamal Hisham and Tn. Hj. Rostam Razali.
Turut hadir adalah Ahli-Ahli Parlimen, ADUN Johor,
Pegawai Daerah dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan.

Selepas lawatan ke kompleks KIK, YAB Dato’
Sri telah diberi taklimat oleh Ir. Ng Ah Kow berkenaan
kemajuan kerja projek GSB.
Selepas itu YAB Timbalan Perdana Menteri dibawa melawat
model dan foto projek GSB serta projek Perumahan Raykat
Taman Sri Stulang and Taman Sri Iskandar, untuk penempatan
semula penduduk yang terlibat dengan projek GSB yang
dipamerkan oleh Jabatan Perumahan Negara.

Lawatan kerja oleh YAB Timbalan Perdana
Menteri berakhir pada jam 7.15 petang selepas sidang
media.
|