|
16 Mei 2006
Pada 16 Mei 2006, Menteri Kerja Raya Malaysia,
YB Dato’ Seri S. Samy Vellu telah melakukan lawatan
kerja ke tapak projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB) di Johor
Bahru. Ketibaan beliau di Ibupejabat Polis Kontinjen, Johor
telah disambut oleh Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad Razali
bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah III Jabatan Kerja Raya
(JKR), Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj. Abu Bakar, Pengarah JKR
Johor, Ir. Ng Ah Kow, Pengarah Pembinaan JKR-GSB, Ir. Dr.
Ismail bin Mohamed Taib, Ketua Penolong Pengarah Kanan JKR
(Jambatan), YBhg Dato’ Yahya A. Jalil, Pengarah Urusan
Gerbang Perdana Sdn Bhd (GPSB), YB Dato’ Palanivel a/l
K. Govindasamy, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat, YB Dato’ K.S. Balakrishnan, Pengerusi,
MIC Johor dan Ahli MIC Johor.
Sebaik tiba di Pejabat Tapak, YB Dato’ Seri dan rombongan
disambut oleh Ir. Loh Yem Phoi, Pengurus Besar Pembinaan,
JKR-GSB, Tn. Hj. Azahar Abdul Aziz, Pengarah Kewangan GPSB,
Tn Hj Rostam Razali, Pengarah Operasi GPSB, Pegawai Kananf
JKR-GSB and GPSB.
Selepas itu, taklimat berkaitan kemajuan projek GSB dan
persembahan visual diberikan oleh Ir. Ng Ah Kow. Taklimat
selama satu jam itu termasuk kemajuan semasa projek, cadanagn
Laluan Tetap bagi menghubungkan KIK yang baru dengan Tambak
Johor, cadangan kerja penambahbaikan pembetung Tambak Johor
dan kesan penamatan Kontrak Jalan dan Jambatan.
Semasa sidang media, YB Dato’ Seri memaklumkan tentang
cadangan terbaik bagi Laluan Tetap yang dapat mengurangkan
kesesakan aliran trafik serta meminimakan gangguan terhadap
operasi Imigresen dan Kastam di Kompleks sediaada di Tambak
Johor.
|


Selepas sesi bergambar, rombongan dibawa melawat
tapak cadangan Laluan Tetap di laluan kenderaan berat
sediaada di Kompleks KIK Tg. Puteri

Lawatan kerja ini berakhir pada 2.15
petang.
|
| |
|