|
November 2007
Sebagaimana sedia maklum bahawa Bangunan KIK telah disiapkan oleh kontraktor Gerbang Perdana Sdn. Bhd. pada 31hb Mei 07. Sebelum kompleks tersebut beroperasi sepenuhnya, jabatan-jabatan yang menghuni bangunan tersebut telah diberikan kunci ke pejabat masing-masing untuk menyesuaikan dengan operasi pejabat baru masing-masing.
Sehubungan dengan itu, satu majlis penyerahan kunci kepada jabatan-jabatan tersebut telah dilangsungkan dari 5hb November 2007 hingga 15hb November 2007 di pejabat tapak projek Gerbang Selatan Bersepadu. Setiap jabatan akan dibawa melawat pejabat masing-masing dan memastikan kunci yang dipasang dapat digunakan. Disamping itu jabatan pelanggan juga diminta menyenaraikan kecacatan yang terdapat di ruang pejabat masing-masing.
Kunci-kunci tersebut diserahkan oleh JKR GSB kepada Bahagian Hartanah Jabatan Perdana Menteri yangmana seterusnya menyerahkan kunci-kunci tersebut kepada setiap jabatan pelanggan.
Bilangan kunci yang terlibat adalah 1858 set ataupun 5574 bilangan kunci.
|

Taklimat kepada jabatan pelanggan oleh pegawai JKR GSB dan Bahagian Hartanah Jabatan Perdana Menteri.

Setiap kunci dicuba untuk pastikan ianya berfungsi dengan baik

Setiap kunci yang diterima di tandatangani oleh jabatan pelanggan

Tinjauan dan penerangan kepada YB Menteri Kerja Raya

En. Ismail seterusnya menyerahkan kunci-kunci tersebut kepada jabatan pelanggan.
|
| |
|