Disember 2007
Pusat Latihan Kastam Marin Tanjung Surat adalah salah satu komponen Projek Gerbang Selatan Bersepadu. Ia adalah bagi menggantikan pengkalan Kastam Marin di Tanjung Puteri dan juga merupakan pusat latihan yang boleh memuatkan 100 orang pelatih pada satu-satu masa.
Pada 24hb Disember 2007 yang lalu, satu lawatan kerja telah dilakukan oleh Yg. Bhg. Dato’ Seri Abdul Rahman bin Abdul Hamid, Ketua Pengarah Kastam DiRaja Malaysia. Rombongan beliau seramai lebih kurang 20 orang yang terdiri dari pegawai-pegawai Kastam tiba di Jeti Tg. Surat pada jam 9.00 pagi. Selepas bersarapan pagi, taklimat projek telah disampaikan oleh Tuan Hj. Zahar Atan, Pengurus Besar Kanan ( Arkitek ), JKR GSB. Ini di ikuti dengan jamuan makan tengahari.
Sebelah petangnya rombongan Ketua Pengarah telah mengadakan lawatan sekitar pusat latihan tersebut dan diakhiri dengan perjumpaan dengan pegawai-pegawai Kastam yang hadir.
|