Februari 2008
Pembinaan Kompleks Kastam Marin Tanjung Surat telah disiapkan sepenuhnya pada 30hb November 2007. Ianya disiapkan mengikut jadual ( 1hb Dis 06 hingga 30hb Nov 07 ) dan adalah merupakan salah satu komponen Projek Gerbang Selatan Bersepadu di bawah Seksyen 5. Kompleks berharga RM 13.2 juta ini adalah bagi menggantikan kompleks sediada di Tanjung Puteri , Johor.
Sehubungan dengan itu satu upacara ringkas pemeriksaan dan penyerahan kunci telah dilakukan jam 10.00 pagi pada 26hb Februari 2008 bertempat di Kompleks tersebut. Upacara tersebut melibatkan taklimat, pemeriksaan kecacatan, tanda tangan dokumen dan diikuti dengan penyerahan kunci.
JKR GSB diketuai oleh Ir. Dzarif bin Yaacob, Pengurus Besar Pembinaan ( Jalan & Jambatan ), Jabatan Kastam oleh Tuan Romainor bin Sarif, Timbalan Pengarah Kastam ( Pencegahan ) dan kontraktor Gerbang Perdana oleh En. Nasaruddin bin Jaffar , Pengurus Besar.
|