|
Jumaat, 28 november 2003
| Pada hari Khamis, 20 November
2003, YAB Dato’ Hj. Abdul Ghani Othman, Menteri
Besar Johor telah mengadakan lawatan rasmi ke tapak
Projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB). Beliau diiringi
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor dan pegawai kerajaan
lain. |
| |
 |
| |
| Di pejabat tapak, YAB Dato’ Ghani
diberi taklimat mengenai projek dan diikuti dengan
sidang akhbar. Kemudian, YAB Dato’ Ghani dibawa
melawat tapak Kompleks CIQ oleh YB Dato’ Yahya
Jalil, Pengarah Urusan Gerbang Perdana. Seterusnya,
beliau diberi penjelasan oleh Pengurus Besar Pembinaan
JKR Ir. Anton Sebastian dan Pengarah Operasi Gerbang
Perdana En. Rostam Razali. Sebelum beredar, YAB Dato’ Ghani
merakamkan kegembiraan beliau terhadap tahap kemajuan
projek tersebut. Beliau juga telah meletakkan konkrit
pada “pile cap” ditapak projek itu sebagai
tanda lawatannya. |
| |
Selepas itu, YAB Dato’ Ghani
dibawa melawat kediaman pekerja pembinaan dan seterusnya
ke majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari
Rumah Barkat.
Sebelum mengakhiri lawatan beliau, YAB Dato’ Ghani
telah menunaikan fardhu Maghrib di Masjid Jamek diikuti
majlis makan malam dan pemberian duit raya kepada anak-anak
Rumah Barkat. |
| |
 |
| |
 |
|