|

YB Dato' Hj Mohd Khaled Bin Nordin, Timbalan Menteri
Kerja Raya, telah mengadakan lawatan rasmi ke Projek
Gerbang Selatan Bersepadu (GSB) di Johor Bahru
pada 26 Februari 2004.
Ketibaan beliau di pejabat tapak JKR-GSB disambut
oleh YBhg Tan Sri Dato Ir. Hj Zaini Omar, Ketua Pengarah
Kerja Raya Malaysia, YBhg Dato' Ng Chong Yuen, Timbalan
Ketua Pengarah II Kerja Raya Malaysia, YBhg Dato
Yahya A. Jalil, Pengarah Urusan Gerbang Perdana Sdn
Bhd (GPSB), wakil jabatan kerajaan negeri dan pengarah-pengarah
GPSB. Turut hadir adalah YBhg Dato' Hj Hamzah Bin
Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan YB En Freddie
Long, ADUN Stulang.

Lawatan beliau bermula dengan melawat model Kompleks
Pemeriksaan Imigresen Kastam dan Kuarantin (CIQ)
dan diikuti dengan penjelasan oleh Ir. Anton Sebastian,
Pengarah Pembinaan, JKR Projek GSB. Selepas sesi
fotografi, beliau dibawa ke tapak pembinaan dimana
Tn Hj Rostam Razali, Pengarah Operasi GPSB, memberi
penerangan mengenai tahap kemajuan pembinaan CIQ.
Beliau juga dibawa melawat kediaman pekerja-pekerja
pembinaan. Kemudian, taklimat mengenai projek diadakan
di pejabat tapak baru GPSB, diikuti dengan lawatan
sekitar pejabat tersebut.

Pada lawatan tersebut sesi menandatangani perjanjian
persefahaman (MoU) diantara GPSB dan Akademi Binaan
Malaysia (ABM), sebuah badan latihan dibawah CIDB
Malaysia. Dato Yahya A. Jalil dan YBhg Dato' Hamzah
Bin Hassan yang juga merupakan Pengerusi ABM, telah
diadakan. Ia disaksikan Pengarah Operasi GPSB dan
En Rohaizi Mohd Jusoh, Pengurus Daerah Selatan
ABM.Sebagai penutup satu sidang media telah diadakan.

Lawatan rasmi YB Timbalan Menteri Kerja Raya berakhir
selepas makan tengahari yang dianjurkan di GPSB.
Majlis telah bersurai pada pukul 2:30pm.
|